Saturday 31 March 2012

29/03/12 : BANTUAN KASIH SAYANG PM DI SUNGAI DAUN, DUN SUNGAI LIMAU

29/03/2012 : PRESIDEN CDC MALAYSIA MENYAMPAIKAN BANTUAN KASIH SAYANG PERDANA MENTERI DI SUNGAI DAUN , DUN SUNGAI LIMAU, KEDAH








Presiden CDC Malaysia, En. Sobri Ahmad pada 29.03.2012 telah menyampaikan bantuan kasih sayang Perdana Menteri kepada penduduk yang dalam kesusahan di Kampung Sungai Daun, Dun Sungai Limau, Kedah.

Sebanyak 5 penerima telah menerima bantuan kali ini. CDC Malaysia berharap lebih banyak syarikat atau agensi-agensi kerajaan turun membantu.

Salam 1 Malaysia

28/03/2012 : SUMBANGAN KASIH SAYANG PM DI PULAU TEMBUN, DUN SUNGAI LIMAU

28/03/2012 : PRESIDEN CDC MALAYSIA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KASIH SAYANG PERDANA MENTERI DI KAMPUNG PULAU TEMBUN, DUN SUNGAI LIMAU








Presiden CDC Malaysia , En Sobri Ahmad, pada 28/03/2012 telah menyampaikan sumbangan kasih sayang Perdana Menteri kepada warga emas di sekitar Kampung Pulau Tembun, Dun Sungai Limau, Jerai, Kedah.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit tidak mengurangkan bebanan warga emas di kampung pulau Tembun, Dun Sungai Limau.

Seramai 10 orang penerima menerima sumbangan kasih sayang ini.

CDC Malaysia mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Pulau Tembun, Dun Sungai Limau atas kerjasama yang diberikan.

Salam 1 Malaysia.

27/03/12 : CERAMAH RUKUNNEGARA DI KG. BARU KUALA SALA, DUN SUNGAI LIMAU

27/03/2012 : PRESIDEN CDC MALAYSIA CERAMAH RUKUN NEGARA DI KAMPUNG BARU, KUALA SALA, DUN SUNGAI LIMAU,KEDAH.



Presiden CDC Malaysia, En. Sobri Ahmad menyampaikan ceramah Rukun Negara dan konsep tranfomasi 1 Malaysia kepada penduduk Kampung Baru, Kuala Sala di Surau Nurul Ehsan.


Penduduk Kampung Baru, Kuala Sala tekun mendengar ceramah dari Presiden CDC Malaysia.


Presiden CDC Malaysia, En. Sobri Ahmad berbincang dengan Imam Surau Nurul Ehsan , Ustaz Mat. Berbincang mengenai keadaan penduduk di Kampung Baru, Kuala Sala, Dun Sungai Limau, Kedah. 


Semoga apa yang di bincangkan membawa kebaikan untuk penduduk-penduduk di Kampung Baru Kuala Sala, Dun Sungai Limau.


Hadirin tekun mendengar





Bagi Pihak CDC Malaysia, Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang diberikan seluruh penduduk Kampung Baru, Kuala Sala, Dun Sungai Limau.

Semoga apa yang di bincangkan dan di aturkan di Kampung Baru, Kuala Sala Akan dapat dilaksanakan untuk kebaikan penduduk.

Salam 1 Malaysia

25/03/2012: MAJLIS SUAIKENAL DENGAN PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BUJUR, SUNGAI LIMAU DALAM, KEDAH

25/03/2012 : PRESIDEN CDC MALAYSIA MENGHADIRI MAJLIS SUAIKENAL DENGAN PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BUJUR, DUN SUNGAI LIMAU,KEDAH



25/03/2012, Presiden CDC Malaysia, En Sobri Ahmad, menghadiri majlis suaikenal bersama penduduk Kampung Sungai Bujur, Sungai Limau Dalam, Dun Sungai Limau.

Acara bermula jam 9.00 malam dan berakhir hampir jam 12.00 am. Majlis dihadiri lebih kurang 50 orang penduduk kebanyakkan belia-belia Kampung Sungai Bujur.



Presiden CDC Malaysia mengetuai acara membaca ikrar rukunnegara



Belia-belia Kampung Sungai Bjur, Sungai Limau Dalam, Dn Sungai Limau, Kedah




Terima Kasih kepada seluruh penduduk yang terlibat terutama Tuan rumah En Zainol, Pengerusi JKKP, Tuan Haji Mat Khir, Timbalan JKKP, Tuan Syed Yahya kerana telah menjayakan majlis ini.

Mereka juga telah mengumpulkan hampir 30 belia Kampung Sungai Bujur untuk menjayakan majlis suaikenal bersama Presiden CDC Malaysia.

Salam 1 Malaysia

27/03/12: SUMBANGAN KASIH SAYANG PM DI SUNGAI BUJUR, DUN SUNGAI LIMAU

27/03/2012 : PRESIDEN CDC MALAYSIA MENYAMPAI SUMBANGAN KASIH SAYANG PM DI SUNGAI BUJUR, DUN SUNGAI LIMAU.



Presiden CDC Malaysia, En Sobri Ahmad  menyampaikan sumbangan kasih sayang Perdana Menteri kepada rakyat yang memerlukan di Kampung Sungai Bujur, Dun Sungai Limau, Kedah Darul Aman.


Semoga sunbangan kasih sayang ini dapat mengurangkan bebanan sedikit kepada rakyat yang memerlukan. Bagi pihak CDC Malaysia, kami sangat perihatin akan nasib rakyat terutama di Dun Sungai Limau.

Di harap lebih banyak NGO-NGO dan agensi kerajaan sentiasa memantau dan membantu rakyat.


Presiden CDC Malaysia 

Salam 1 Malaysia

Wednesday 28 March 2012

26/03/12: Bersama Pasukan RELA

Alhamdulillah. Majlis merekrut ahli RELA di Sg Daun, DUN Sg Limau mendapat sambutan baik dari penduduk. Terima kasih diatas kesediaan dan kerjasama dari semua pihak. 

Tekun mendengar..


Memberi Sepatah Dua Kata Tentang Rukunegara


Terus Membakar Semangat Penduduk..



Merekrut ahli RELA di Sg Daun, DUN Sg Limau


Untuk Agama, Bangsa dan Pertiwi



Tuesday 27 March 2012

26/03/2012 : PRESIDEN CDC MELAWAT RAKYAT YANG SAKIT DI SUNGAI BUJUR, DUN SUNGAI LIMAU

26/03/2012 : PRESIDEN CDC LAWAT RAKYAT YANG SAKIT DI SUNGAI BUJUR, DUN SUNGAI LIMAU





BERSAMA AHLI-AHLI POLITIK JERAI

PRESIDEN CDC MALAYSIA BERSAMA RAKAN-RAKAN AHLI POLITIK JERAI



Presiden CDC Malaysia, En Sobri Ahmad bersama 3 Ketua Cawangan Parlimen Jerai, berbincang keadaan semasa rakyat di Parlimen Jerai.



Di Kaki Gunung Jerai


Bersama Ahli Majlis Daerah Yan (PKR)

Sunday 25 March 2012

PRESIDEN CDC MALAYSIA BERTEMU ANAK-ANAK BUAH

PRESIDEN CDC BERMESYUARAT DENGAN ANAK-ANAK BUAH



Presiden CDC Malaysia, En. Sobri Ahmad bertemu dan berbincang dengan anak-anak buah bagi mengetahui perkembangan di Dun Sungai Limau dan program-program yang telah dijalankan dan bakal dijalankan.







Keperihatinan beliau terhadap penduduk di Dun Sungai Limau, membolehkan rakyat mendapat manfaat dari apa yang akan dirancangkan untuk rakyat Dun Sungai Limau.



Salam 1 Malaysia

24/03/12 : PRESIDEN CDC MALAYSIA MENYAMPAIKAN HADIAH BASIKAL FIXIE

PRESIDEN CDC MALAYSIA MENYAMPAIKAN HADIAH CABUTAN BERTUAH, BASIKAL FIXIE KEPADA PEMENANG BERTUAH



Sabtu, 24 Mac 2012: TAHNIAH kepada pemenang hadiah cabutan bertuah - basikal fixie;  Program Kami Anak Wawasan Aspirasi Negara (KAWAN) di Kaki Gunung Jerai oleh GPMS Kedah