Monday 22 April 2013

Ikrar Warga DUN Sungai Limau

Aktiviti perbaharui Ikrar 
'Selamatkan DUN Sungai Limau' 
oleh warga Sungai Limau, 
dengan bimbingan Cikgu Sobri Ahmad.... 

InsyaAllah ada jalannya


Thursday 18 April 2013

CDC - DUN SUNGAI LIMAU 2013 (part 1/4 - HD)


Program CDC Malaysia di Dun Sungai Limau sepanjang 23 Jan - 15 Mac 2013. Fokus kepada menyemarakkan semangat syukur dan cintakan negara melalui tayangan video, ceramah, pembaharuan ikrar khususnya di kalangan rakyat. 

CDC Malaysia yg dipimpin Cikgu Sobri Ahmad akan terus membantu Kerajaan merealisasikan konsep Tranformasi 1 Malaysia (PTP)

Jika line slow, sila click Video yg low resolution ini:


Thursday 11 April 2013

8 April 2013: Ceramah Rukun Negara di PDM Kuala Sg Daun

Menggunakan alat pandang dengar (tayangan video) bagi memulakan sesi, bagi komunikasi yang lebih berkesan.



Memberi penerangan agar pemahaman lebih jelas.


Kehadiran kaum bapa


Kaum Ibu turut baharui Ikrar


Timbalan Ketua Bhg Jerai, Hj Fadilah turut baharui ikrar 
 
 
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

7 April 2013: Ceramah Rukun Negara di PDM Ulu Sedaka

Menayangkan video agar impak penimbaan ilmu, lebih berkesan



Memberi penerangan, bagi memperkukuh semangat cintakan negara


Alhamdulillah, semuanya bersemangat memperbaharui Ikrar

6 April 2013: Ceramah Rukun Negara di Kg Tok Kau

Antara generasi muda yang mahu menimba ilmu...



Memberi penerangan, semoga terjawab segala persoalan...




Terima kasih memberi kesempatan berkongsi ilmu dengan semua....

31 Mac 2013: Pertandingan Wau Belia di Alor Gelenggang Sg Daun


Bersama penduduk sekitar memerhatikan kehebatan anak muda dan generasi dewasa melayangkan wau



Pengumuman pemenang2


Menyampaikan hadiah.... Tahniah....





Terima kasih. Semoga gembira.....



Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.

Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.

Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.

Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah.

Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.

Nota: http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=1&idstopic=12..

Wednesday 10 April 2013

30 Mac 2013: CDC - Kuala Dulang Kecil

Memperbaharui Ikrar








Mendengar ceramah dan penerangan yang diberikan



Sumbangan Walkie Talkie untuk RELA


Sumbangan Bola untuk belia tempatan

Semoga semua orang gembira!...

30 Mac 2013: Jemputan Kenduri Hj Najib Fahmi Sg Dedap


Selamat Pengantin Baru





 
YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa turut hadir



Bersama Ustaz Hj Ahmad, sahabat lama ketika di Madrasah Taufikiah Khairiyah al-Halimiah



Tahniah pd Haji Najib Fahmi menerima menantu

29 Mac 2013: PDM Sg Daun Tengah

Taklimat di PDM Sg Daun Tengah


23 Mac 2013: Kenduri di Kg Selengkoh Tengah

Selamat Pengantin Baru kepada anakanda Abg Omar

 
Bersalaman bersama bapa pengantin; iaitu Abg Omar...

16 Mac 2013: CDC - PEKEMIM di KAMC Yan

Ceramah Rukun Negara




Membaharui Ikrar ahli2 PEKEMIM




Semoga ikrar yang dilafazkan benar-benar dibuktikan melalui iman, akal, akhlak dan muamalat.
Sayangi negara.... Kami anak Malaysia!!!

16 Mac 2013: CDC Rukun Negara Kg Kabu 10 Sg Limau

Memberi Ceramah Rukun Negara


 
 
CDC Rukun Negara di Kg Kabu 10 Sg Limau


Tayangan Video Rukun Negara


 
Dapat makan laksa... terima kasih

Thursday 4 April 2013

14 Mac 2013: Program RELA Bersama Pemimpin di Kg Permatang Keramat

Bersama anggota RELA....


Kol. Tuan Syed Ismail Syed Ali menyampaikan amanat


Cikgu Sobri memberi ucaptama... Setia Berbakti


Memperbaharui Ikrar


Turut serta Pak Leh Janggut... Terima kasih....



17 April 2012 — Dua rang undang-undang yang bertujuan mengadakan peruntukan berhubung tanggungjawab, tugas dan bidang kuasa Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (RT) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop membentangkan Rang Undang-Undang Rela 2012, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membentangkan Rang Undang-Undang Rukun Tetangga 2012.

Rang Undang-Undang Rela 2012 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi penubuhan, tugas dan kuasa Pasukan Rela terbahagi kepada enam bahagian dan 28 Fasal yang menyentuh peruntukan bagi penubuhan, tugas dan kuasa pasukan itu.

Antara peruntukan dalam rang undang-undang Rela, majikan diwajibkan memberi pelepasan kepada kakitangan yang menganggotai Rela untuk menjalani latihan, dan semasa latihan, majikan tidak boleh membuat potongan daripada gaji, mengenakan apa-apa penalti dan mengubah terma dan syarat pekerjaan semata-mata kerana ketidakhadiran kakitangannya bekerja.

Majikan yang disabit kesalahan, didapati melanggari peraturan itu boleh didenda sehingga RM6,000, dan rang undang-undang itu mencadangkan tempoh latihan bagi anggota Rela hendaklah tidak lebih sepuluh hari pada suatu-suatu masa.

9 Mac 2013: Membaharui IKRAR

Program RELA Bersama Pemimpin di Sg Limau

Setia Berbakti utk negara...


Program RELA Bersama Pemimpin


Semoga terus setia demi agama, bangsa dan negara....
Petikan Akhbar 17/4/2012:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Rela diletakkan sebagai organsasi yang relevan kepada masyarakat dan tuntutan masa.

"Kita bernasib baik mempunyai Rela. Ini merupakan aset dan seharusnya tidak dipandang ringan. Akan ada bidang tugas baru bagi mereka seperti kehadiran mereka untuk mengurangkan kadar jenayah dan pembabitan dalam Program Tansformasi Kerajaan (GTP).

"Dan kini dengan pengumuman pemansuhan Ordinan Darurat, Rela akan mempunyai strategi dan peranan penting (dalam keselamatan negara)," katanya.

1 Mac 2013: Salam Sayang di Kg Sg Belida

Ceramah Rukunegara sebagai pembuka kata



Tayangan Video Rukun Negara


Semoga bantuan dapat meringankan beban....

Terima kasih Salam Sayang...

1 Mac 2013: CDC - Salam Sayang di PDM Pulau Cengal Gurun

Ceramah Rukun Negara di DUN Gurun





Semoga dapat meringankan beban


Terima kasih Salam Sayang