Thursday 4 April 2013

14 Mac 2013: Program RELA Bersama Pemimpin di Kg Permatang Keramat

Bersama anggota RELA....


Kol. Tuan Syed Ismail Syed Ali menyampaikan amanat


Cikgu Sobri memberi ucaptama... Setia Berbakti


Memperbaharui Ikrar


Turut serta Pak Leh Janggut... Terima kasih....



17 April 2012 — Dua rang undang-undang yang bertujuan mengadakan peruntukan berhubung tanggungjawab, tugas dan bidang kuasa Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (RT) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop membentangkan Rang Undang-Undang Rela 2012, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membentangkan Rang Undang-Undang Rukun Tetangga 2012.

Rang Undang-Undang Rela 2012 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi penubuhan, tugas dan kuasa Pasukan Rela terbahagi kepada enam bahagian dan 28 Fasal yang menyentuh peruntukan bagi penubuhan, tugas dan kuasa pasukan itu.

Antara peruntukan dalam rang undang-undang Rela, majikan diwajibkan memberi pelepasan kepada kakitangan yang menganggotai Rela untuk menjalani latihan, dan semasa latihan, majikan tidak boleh membuat potongan daripada gaji, mengenakan apa-apa penalti dan mengubah terma dan syarat pekerjaan semata-mata kerana ketidakhadiran kakitangannya bekerja.

Majikan yang disabit kesalahan, didapati melanggari peraturan itu boleh didenda sehingga RM6,000, dan rang undang-undang itu mencadangkan tempoh latihan bagi anggota Rela hendaklah tidak lebih sepuluh hari pada suatu-suatu masa.

No comments: